SISTEM ORGAN PENAPISAN
1️⃣ KULIT
Detox berlaku melalui sistem peluh kita. Bila kita berpeluh toksin akan keluar melaluinair peluh. Macam mana nak berpeluh?
Senang saja. Aktifkan hidup anda. Banyakkan bergerak. Buat senaman. Berjalan kaki. Naik basikal. Nak try sauna pun boleh.
2️⃣ PEPARU
Peparu sangat bagus apabila menerima udara yang mempunyai kadar ion negative yang tinggi seperti di kampung, laut dan pergunungan
1) Ion negatif seperti superoksida sebenarnya ialah antara stres radikal bebas yang merosakkan.
# Ia membunuh kuman halus di udara dan di dalam badan manusia.
# Ia merosakkan badan pada kadar dos yang terlalu tinggi. Dos berkadaran serasi yang bagus.
Namun badan manusia yang sihat mempunyai kesan meneutralkan ion negatif superoksida ini. Jadi tidak salah jika saya katakan ion negatif badan MENINGKATKAN IMUNITI BADAN. Malah kajian saintifik membuktikan ion negatif ini betul-betul boost imuniti badan!
2) Ion negatif ini dineutralkan oleh antioksida badan kita..antioksida paling berkuasa di dunia insha Allah. Jauh lebih berkesan berbanding antioksida dalam diet/suplemen. Ini dinamakan sistem redoks badan. Ion negatif ini umpama exercise sistem dalaman badan kita supaya jadi lebih kuat.
3) Ion negatif superoksida ini mengecas sel darah merah menjadi negatif. Ion-ion negatif darah ini menolak antara satu sama lain. Darah jadi tidak bergumpal lagi.
Darah merah tidak bergumpal menjadikan pengambilan oksigen lebih efisyen. Jadi oksigen dalam sel badan bertambah. Badan jadi bertenaga.
4) Mereka yang mempunyai ion negatif tinggi juga berupaya meningkatkan toleransi stres. Maksudnya?
# Lebih stamina
# Kurangkan stres
# Susah stres balik.
# Jiwa, mental jadi kental dan mantap.
Ini kerana ion negatif superoksida juga mampu menjana oksigen di dalam badan!
3️⃣ SALURAN LIMPA
Sistem limfa adalah rangkaian tisu dan organ yang membantu membersihkan badan toksin dan yang tidak diingini.
Tidak seperti sistem peredaran darah kita, sistem limfa tidak mempunyai "pam". Dengan sistem peredaran darah, darah dipam ke seluruh badan melalui jantung yang sentiasa berdenyut. Sistem limfa tidak mempunyai jantung untuk mengepamnya. Ia bergantung kepada pergerakan harian kita untuk membantu memindahkan cecair limfa ke seluruh badan. Tonsil, adenoid, limpa, dan timus adalah sebahagian daripada sistem limfa. Mereka semua disambungkan oleh jaringan saluran limfa yang dalam erti kata lain adalah seperti sistem peredaran kedua badan.
Cara lain untuk membantu mengekalkan limfa mengalir
✅ Jogging atau lompat atas rebounder spy perubahan dalam tarikan graviti dapat membuka injap limfa menyebabkan peningkatan dalam saliran limfa.
✅ Memberus kering kulit dpt mengaktifkan sistem limfa dan membuka pori-pori kulit utk menyokong organ penyingkiran terbesar(kulit) semasa mengeluarkan toksin.
4️⃣ KOLON/USUS
Mengambil makanan tidak berkhasiat boleh menyebabkan masalah kepada saluran pencernaan dan tidak mengambil serat makanan yang diperlukan badan. Lemak berlebihan dalam makanan yang di makan akan memudaratkan saluran pencernaan. Makan makanan yang tidak sihat akan meningkatkan risiko untuk mengalami perut kembung, cirit-birit atau sembelit.
5️⃣ HATI
Antara organ yang penting pada tubuh badan ialah HATI. Antara fungsi utama hati ialah :
1.Merupakan stesen detoks yang utama dalam tubuh manusia. Iaitu berlaku penapisan darah dimana bahan-bahan toksin dipisahkan.
2.Hati merupakan “storage station”, dimana vitamin dan mineral tersimpan didalamnya.
3.Hati merupakan gudang protin, dimana asid amino dihasilkan.
4.Hati merupakan saluran dimana hempedu yang merupakan bahan penting untuk penghadaman dihasilkan.
6️⃣ BUAH PINGGANG
Fungsi buah pinggang untuk menghasilkan air kencing dan membersihkan darah. Setiap buah pinggang membuang SISA bahan toksik, dan lain-lain bahan kimia yang tidak diperlukan oleh badan.
Ia menyingkirkan SISA bahaya yg toksik dan mengekalkan keseimbangan air,cecair,mineral dan bahan kimia iaitu elektrolit seperti natrium,kalium.






Soalan-Soalan
No comments:
Post a Comment