Video ini adalah perkongsian khasiat santan daripada Dr. Nordin Darus
Santan sebenarnya lebih baik daripada susu. Saya harap orang yang dapat apa-apa penyakit pun... Sebab vaksin atau tidak agar tidak obses sangat dgn susu😅. Yang ada penyakit kanser... Lagi la jangan obses sangat dengan susu dan process food. Di Malaysia ni kurang betul pendedahan yang mengatakan susu tu ada masalah.. Yang tinggal dlm susu tepung kebanyakan adalah kolestrol tak baik, protein dan kalsium. Belum lagi tunjuk kepada mereka beribu kajian mengatakan dalam susu ada nanah. Mohon dengar penerangan Dr Nordin dibawah
Baca link ni untuk melihat pandangan Dr Mazliana tentang susu
Perkongsian khasiat santan daripada Dr. Norzaidi Zakaria
Buah kelapa dikenali sebagai sebuah tanaman yang memiliki sejuta kebaikan. Dari kayu kelapa hinggalah kepada air kelapa, semuanya boleh digunakan sama ada untuk makan atau minum mahupun untuk ubat-ubatan. Daripada santan kelapa yang di parut atau lebih dikenali sebagai hampas juga memiliki manfaatnya tersendiri.Ramai yang menganggap santan kelapa menyumbang kepada lemak yang tidak baik untuk kesihatan. Hakikatnya, santan mengandungi banyak khasiat yang diperlukan tubuh badan. Malah kita digalakkan untuk mengambil masakan yang mengandungi santan kelapa setiap hari….
A) Santan Kaya Fosforus
Kita seringkali percaya khasiat kalsium daripada susu sudah cukup untuk membuatkan tulang kita kuat dan sihat. Itu tidak tepat kerana badan kita memerlukan fosforus bersama kalsium untuk memiliki tulang yang sihat, kuat dan kukuh.
Percaya atau tidak, santan mengandungi fosforus yang tinggi. Seperti mana minyak kelapa, santan juga mengandungi asid lemak rantaian sederhana.
B) Khasiat Santan Untuk Penghidap Kencing Manis
Selain itu, tahap asid laurik tinggi santan dalam badan juga menukarkannya kepada monolaurin. Asid laurik berperanan sebagai bahan yang berfungsi sebagai antiviral dan antibakteria. Sekaligus menjadikan tubuh bebas daripada jangkitan dan virus. Bahan itu boleh membantu menurunkan kolesterol LDL sekali gus memberi manfaat kepada penghidap diabetes.
C) Santan Kaya Antioksidan
Santan juga kaya dengan antioksidan yang mampu melindungi tubuh daripada gangguan radikal bebas serta melambatkan proses penuaan. Selain itu, keperluan vitamin C dan zat besi dalam santan, masing-masing amat penting untuk meningkatkan sistem kekebalan serta menjaga fleksibiliti dan kekenyalan kulit serta pembuluh darah (baik untuk anemia).
Malah kandungan serat makanan terdapat dalam santan juga mampu membuatkan perut anda mudah kenyang dan bertahan lama. Ini sangat baik untuk mengawal berat badan.
D) Santan Sesuai Untuk Penghidap Hipertensi
Bagi penghidap penyakit hipertensi, pengambilan santan bersama air kelapa yang mengandungi potasium sangat baik dalam menstabilkan tekanan darah.
Khasiat zat zink dalam santan sangat baik untuk kesihatan kelenjar prostat dan membantu mengatasi kekejangan otot yang teruk.
Bagi melengkapkan nutrien, santan juga adalah suplemen multivitamin dan multimineral semula jadi mengandungi pelbagai vitamin iaitu E, B1, B3, B5, B6 serta mineral penting seperti folate, selenium, sodium dan kalium.
Bagi mereka yang mempunyai alergi terhadap produk tenusu seperti susu lembu atau kambing, santan boleh menggantikan bahan tersebut. Ini kerana, santan tidak mengandungi laktosa. Ada juga yang membuat kopi dan memasukkan santan sebagai pengganti susu pekat.
Santan kelapa yang diminum mampu mengubati masalah muntah-muntah, batuk berdarah, busung, demam panas dan penawar racun.
Cara minum santan
1. 2 kali sehari
2. Sebaiknya sebelum sarapan pagi dan sebelum makan malam atau mengikut kesesuaian tubuh seseorang.
3. Lebih kurang 100ml - 200ml sekali minum.
4. Kalau yang ada darah rendah. Mulakan dengan kadar yang sedikit-sedikit terlebih dahulu
5. Santan mestilah santan segar. Bukan santan kotak atau santan yang telah mengalami proses pengawetan.
6. Sebaiknya santan yang diperah dengan air kelapa. Boleh dengan air kelapa muda atau tua
7. Boleh diperisakan (blend) dengan buah kurma. Buah naga. Pisang. Mangga dan sebagainya
8. Boleh diamalkan setiap hari tanpa had dan dijadikan rutim diet harian.
9. Tinggalkan makanan sintetik. Makanan yang mengandungi msg (ajinamoto dan segala jenis perasa tiruan). Makanan proses. sos. kicap soya. segala yang ada pewarna tiruan. Gluten.
10. Biasanya pada permulaan meminum santan. Akan berlaku healing crisis. seperti cirit birit. sakit kepala.(pening kepala) kebas. mencucuk-cucuk. loya. mual. sakit sendi dan sebagainya bergantung kepada tubuh seseorang.
11. Cara mengatasi healing crisis. Kerapkan kemam garam. Sebaiknya garam bukit. Atau kalau berlaku cirit birit yang melampau. Boleh dibancuhkan sedikit garam dengan air dan minum.
# Santan boleh disimpan didalam peti sejuk dan dibekukan. setiap kali nak minum. Boleh dicairkan melalui rendaman. Cara penyimpanan adalah melalui kebijakkan sendiri. Sebab biasanya. Santan cepat masam. Jadi pandai pandai lah nak simpan supaya tidak masam serta boleh diminum. Itu kalau nak simpan la. Sebaiknya yang freshhh.. 🙂
Saya fail juga nak amalkan santan fresh. Dah usaha banyak kali ok. Saya bukan ada banyak masa lapang. huhu... Sebab tu saya memilih detox Dr Rosni untuk menyeimbangkan proses elimination toksin di dalam badan jika terlebih ambil lemak yang lain.








Soalan-Soalan
No comments:
Post a Comment