Wednesday, 27 May 2026

AEFI BABY 2 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 

INFO DI https://www.facebook.com/share/p/1EX4gGsifu/

CERITA PENUHπŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Sains dan Sebuah Kejujuran
Sukar untuk saya memulakan penulisan tentang isu yang menjadi perbahasan umum takut-takut saya tersalah dan orang lain tersalah anggap kenyataan saya. "Dijah tulislah ringkasan dokumentari tu dan tag saya" ujar sahabat baik saya sejak di Universiti Malaya dan merupakan seorang pensyarah, juga isteri dan ibu seperti saya. Isu vaksin merupakan isu yang bagi saya banyak didiskusikan dalam bentuk sentimen dan jarang saya lihat satu bentuk diskusi yang sihat dan debat terbuka bagi masing-masing mencari kebenaran yang sebenar. Seperti biasa, dalam FB dan media-media sosial juga, lebih banyak sentimen, mengutuk dan menyalahkan sesama manusia oleh kedua-dua belah pihak, suatu yang saya tidak suka sejak dahulu. "Memang dah lama nak menulis, tapi tunggu isu doula reda dulu" jawab saya.
Saya tidak ingin menyentuh tentang isu doula walaupun di kebanyakan wassap group yang saya ada, kebanyakan sahabat-sahabat saya yang wanita dan ibu yang telah bersalin di hospital kerajaan ada yang menyatakan fobia bersalin di sana, ingin ke swasta tetapi tidak mampu dan hanya berdoa pengalaman yang sama tidak berulang lagi. Rezeki saya bersalin di hospital swasta yang kebanyakan stafnya lembut dan baik tidak menafikan keprihatinan saya terhadap pengalaman sahabat-sahabat saya tersebut. Apapun pandangan saya tentang isu ini jelas, saya tidak bersetuju bersalin di rumah, tetapi prihatin dengan keperitan sahabat-sahabat yang menanggung dan memerlukan banyak perbincangan bersama doktor dan staf bagi mendidik staff supaya memahami psikologi seorang pesakit. Ini banyak telah dibangkitkan dalam penulisan seorang doktor psikologi yang pernah saya baca tentang pengalamannya dengan ramai ibu-ibu yang fobia bersalin dan melakukan hubungan dengan suami kesan sejarah bersalin.
Isu vaksin. Setelah kehilangan anak sulong kami, saya sememangnya fobia apabila anak sakit. Apabila pengasuh menelefon ketika saya sedang menulis PhD setelah lahir anak berikutnya, jantung berdegup kencang dan teringat pengalaman dahulu. Justeru, minat saya untuk belajar tentang kesihatan anak-anak sentiasa tidak pernah padam sama ada saya merujuk doktor pakar kanak-kanak, doktor-doktor lain dan juga membaca. Apabila Abdullah kerap demam panas dan sering perlu neb sejak kecil, saya tahu saya perlu lebih banyak membaca selain berbincang dengan doktor serta mendapatkan pandangan sahabat-sahabat yang pernah mengalami situasi yang sama. Isu vaksin, saya tidak pernah berpuas hati kerana sudah menjadi kelaziman saya yang memerlukan bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong dakwaan sesetengah pihak.
Selepas habis PhD dan duduk di London, hati dan otak saya lebih lapang untuk membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam dan membeli beberapa buku. Vaksin penyebab autisme, dahulu saya menyangkal tetapi setelah membaca sendiri kajian-kajian dan menonton dokumentari dari pakar kanak-kanak dan saintis sendiri, sukar untuk menyangkal dapatan mereka.
Menerusi dokumentari 7 siri, The Truth about Vaccine yang dikongsi oleh seorang senior saya yang merupakan seorang doktor perubatan juga, setiap siri sejam lebih, saya memperuntukkan juga masa untuk melihat dengan tekun. Setiap yang dikupas semuanya bagi saya berdasarkan kajian saintifik dan lontaran-lontaran pandangan mereka tampak ikhlas bagi mendedahkan sudut-sudut kandungan vaksin yang tidak selamat seperti aluminium dan merkuri yang jauh daripada kandungan selamat yang digarispanduankan oleh badan kesihatan mereka sendiri.
Berikut adalah tajuk-tajuk setiap episod dalam dokumentari tersebut :
Episode 1: The History of Vaccines, Smallpox, Vaccine Safety & the Current CDC Schedule
Episode 2: What’s in a Vaccine? Are Vaccines Effective? ... and ... What About Polio?
Episode 3: In Depth Analysis of the MMR and DTaP Vaccines & Vaccinating for the Greater Good
Episode 4: Examining Influenza, the HIB and Pneumococcal Vaccines & Herd Immunity
Episode 5: Considering the HPV and Hepatitis B Vaccines, SIDS & Shaken Baby Syndrome
Episode 6: A Closer Look at the CDC, Chicken Pox and Rotavirus Vaccines & Retroviruses
Episode 7: Natural Immunization, Homeoprophylaxis & Fundamental Freedom of Choice
Antara isi penting dalam dokumentari tersebut yang sempat saya tangkap :-
1. Dokumentari ini adalah untuk ibu bapa dan semua yang ingin mencari kebenaran tentang vaksin, bukanlah anti kepada vaksin, tetapi inginkan kajian-kajian tentang vaksin yang selamat dan kajian mendalam terhadap keselamatan vaksin-vaksin yang ada kepada bayi dan kanak-kanak khususnya.
2. Kajian-kajian tentang keselamatan vaksin sedia ada kepada bayi dan kanak-kanak adalah kurang mencukupi khususnya yang melibatkan vaksin 3 dan 6 serangkai (tak silap saya) yang belum teruji keselamatannya.
3. Dakwaan bahawa vaksin selamat adalah tidak benar kerana terdapat kajian-kajian saintifik yang berada dalam peer review jurnal-jurnal yang menunjukkan kesan sehingga menyebabkan kematian kepada bayi dan kanak-kanak. Peer review jurnal adalah jurnal yang dinilai oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
4. Sejarah pertambahan vaksin, mengikut kajian-kajian menyebabkan pertambahan penyakit-penyakit kepada kanak-kanak. Di Amerika khususnya, 1:6 kanak-kanak mendapat learning disabilities, 1:9 mendapat athma, 1:50 mendapat autisme, 1:400 mendapat epilepsy, inflammatory disorder (menurut Salah seorang yang ditemubual dalam dokumentari tersebut).
5. Seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Paul Thomas, mendedahkan, antara 2004 sehingga tahun 2015, terdapat lebih 100 kes di hadapan matanya sendiri, kanak-kanak normal yang boleh bertutur dalam bahasa bayi dan mempunyai eye contact pada usia sebelum setahun, tetapi disahkan mempunyai autisme pada usia 2tahun dengan tidak ada eye contact langsung dan keadaan semakin teruk. Sebelum itu, beliau tidak percaya kaitan vaksin dan autisme, tetapi setelah melihat sendiri dan mengkaji sendiri kandungan vaksin dan kajian-kajian, beliau akhirnya mengasaskan "Physicians For Informed Consent" yang memberi maklumat tentang vaksin kepada ibu bapa dan pelbagai maklumat lain seperti menangguhkan vaksin bagi yang mempunyai keturunan autisme dan lain-lain.
6. Terdapat beberapa isu dan bukti ketidaktelusan dan tidak jujurnya mereka dalam mendedahkan kajian-kajian mereka tentang vaksin dalam CDC ( Centers for Disease Control and Prevention). Menurut Jennifer Margulis, PhD, beberapa orang dalam CDC sendiri yang memberitahu perkara tersebut kepada beliau. Beliau juga berkata bahawa mereka yang inginkan kajian lanjut tentang vaksin adalah sebenarnya mereka yang pro sains dan pro human sense.
Banyak lagi maklumat dalam dokumentari tersebut yang episod 1 ada dalam link saya kongsikan di bawah. Akhirnya, moga kita semua sentiasa terbuka dalam mendengar pandangan, dalam masa yang sama menggunakan akal dan hati yang bersih untuk menilai segala fakta, kajian dan maklumat yang didapati. Sebagaimana saya menyeru semua ahli agama untuk memahami cara dan metod ahli sains bekerja, saya juga menyeru doktor-doktor juga terbuka dan cuba memahami dapatan-dapatan yang berlainan dengan apa yang dipelajari. Saya sangat menghormati para doktor yang mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu dan menyelamatkan pesakit, dan wajar kita memberi penghargaan kepada mereka dan menghormati ilmu mereka.
Sebagaimana saya menyokong kempen SayNoToUnsafeBirth, sudah tentu saya juga menyokong kempen sekiranya ada, SayNoToUnsafeVaccine, merujuk kepada vaksin-vaksin yang tidak selamat kepada bayi dan kanak-kanak.
Moga anak-anak kita semua di bawah peliharaan Allah. Bagi yang ingin menyokong dan membantu kewangan untuk kajian-kajian lanjutan tentang keselamatan vaksin dan vaksin yang selamat, boleh membeli dan mengikuti laman web berikut, https://go2.thetruthaboutvaccines.com/docuseries/order/...
Rujukan YouTube episod satu dokumentari boleh dilihat di sini

AEFI BABY 1 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 Salam Admin MKT. Harap dapat siarkan kisah anak saya sebagai pedoman buat ibu bapa lain.

Anak saya lahir takda kuning, tak kena tahan ICU, tak demam, jarang sakit, tak pernah kena sawan, allergy/ eczema pun kurang, tak pernah admit sebab pneumonia / bronchitis / asthma dll,. Kalau selsema batuk pun sekejap sahaja lepas tu akan baik.

Tapi lain pula ceritanya. Dari lahir isu anak adalah masalah tidur & tangisan. Tapi semua orang cakap biasa lah budak budak. Itu lah ‘harga’ yang perlu dibayar bila jadi mak bapak.

Dalam pantang anak hanya tidur siang 30 minit - 1 jam sahaja. Selebihnya berjaga dan melalak. Siang susah tidur. Malam susah tidur. Menangis & terus menangis. Saya pernah campak anak sebab dia menangis tak henti henti. 😭

Anak saya fully breastfeed. Saya memang berazam nak susukan anak sampai 2 tahun. So mula lah keyakinan goyah. Susu aku ke yang buat anak tak kenyang etc? Atau aku makan sebarangan anak kembung?

Pernah ada percubaan untuk bagi susu formula, tapi Allah Maha Baik. Anak saya tolak semua jenis susu formula. 9 jenama saya pernah cuba. Susu lembu, kambing , soya, kami pernah cuba. Semua dia tolak, dia minum dia muntahkan balik. Dan dia sanggup lapar tak minum susu dari minum susu formula. 

Jadi anak saya memang fully breastfeed. Saya jadi pelik. Bukan ke dalam susu ibu ada hormone melatonin (hormone tidur), jadi sepatutnya anak saya akan dapat tidur lebih lena. Tapi sebaliknya. 

Tidur anak saya memang kronik dari lahir sampai lah sekarang. Pernah baca, katanya 0-3 bulan benda tu normal, sebab peralihan fasa dari alam rahim ke dunia. Nanti okay. Tapi tidak untuk anak saya.

Anak saya pernah menangis dari 8:00 malam - 5:00 pagi NON STOP. Kami sampai hilang arah. Of course la akan ingat gangguan jin setan semua kan. Bawa g jumpa ustaz. Ustaz cakap anak awak ni takda gangguan apa apa..

Dengan keadaan anak yang dari kecik melalak lalak susah tidur, berani ke nak hantar anak ke pengasuh / taska? Kami memang jaga anak sendiri dari kecil. 

Sampai sekarang masih ada issue.

Kadang tu tidur jam 10:00 malam, kemudian dia bangun jam 2:00/3:00 pagi, tak tidur sampai keesokan harinya. 

Tidur jam 8:00 malam bangun kul 12:00 tengah malam, tak tidur sampai esok.

Pernah consult dengan Baby Sleep Coach perihal tidur anak. Alhamdulillah tak dinafikan ada perubahan. Lepas wujudkan jadual & rutin tidur anak. Tapi ianya tak kekal lama. Walaupun saya memang follow jadual, ada hari memang anak tak boleh tidur. Kadang tu kesian sangat tengok dia, dah mengantuk menguap, gonyoh mata (tanda nak tidur) tapi dia tak dapat tidur. 😣

1 tahun 6 bulan doktor detect anak saya developmental delay. Takda eye contact, tak respond bila dipanggil nama. Early sign of autisme. Buat hearing test - normal pass. Doc refer ke pakar perkembangan kanak kanak. Anak saya memang disahkan ada sensory, speech & language delay. Dan dah mulakan Occupational Therapy. Cuma belum diagnose autisme sebab too early.

Saya mengaku, kami memang pernah bagi anak tengok tv bila dia tak dapat tidur. Sebab dah terlalu penat. Siang bekerja, malam tak dapat nak tidur sebab anak pun tak tidur. Mungkin itu pun penyumbang kepada dia jadi delay. Tapi yang saya sampai sekarang struggle adalah tidur anak.

Saya bawa anak jumpa pakar neurologi kanak kanak sebab saya dah tak tahan isu tidur anak begini. Bila anak tak tidur, kita as parent memang takkan boleh tidur. Suami saya pula kekadang perlu offshore. Sungguh la saya tak mampu kadang kadang. Terlalu penat. 

Tidur adalah penting untuk kanak kanak sebab ia proses perkembangan mereka. Saya tanya doktor pakar tersebut, kenapa anak saya tidurnya begini? Apa puncanya?

Doktor sendiri tak boleh jawab apa punca. Cuma beliau hanya jawab dia suspect sleep deprivation anak ada related to underlying cause of development. Cuma tak pasti apa punca. Dan dia suggest consult dengan baby sleep coach. Saya bagitau dia, saya dah pernah consult. Dia pun terkedu, dah tak tahu nak suggest apa. Disuruh perbanyakkan aktiviti fizikal. Semua tu saya buat. Rumah saya memang dah macam taska. Macam macam ada. Sampai playground castle yg besar tu pun ada.

Saya balik dengan perasaan kecewa. Sebab masih tak dapat jawapan.

2 tahun kami suami isteri cari jawapan kenapa jadi begini.

Akhirnya Allah makbulkan melalui seorang kenalan. Bila dia tahu kes anak saya, first soalan beliau adalah “Anak fully vaccinated ke?”

Terkejut saya bila dia tanya macam tu. sebab memang anak saya fully vaccines. Dan saya jujur memang tak pernah tahu langsung pasal insert vaccines etc. 

Asbab soalan beliau lah, membuatkan saya mula terjentik hati untuk mencari, mengkaji & membaca. 

Bergenang air mata, urut dada bila dapat tahu apa kandungan2 & kesannya yg jarang diberitahu. Akhirnya saya jumpa satu research (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6361389/ ) kaitan antara sleep deprivation & heavy metal toxicity. metal adalah antara faktor yang mengganggu circadian cycle (sleep cycle) dan penghasilan melatonin (hormone tidur).

Saya semak semula buku vaksin anak. Dari dia lepas lahir sampai lah 18 bulan, 14 dose suntikan dia dah terima. Saya cek up swasta. Doctor kata rota virus elok, ambik.... Doctor kata pneumococcal utk elak penyakit, ambik...Influenza kena ambik, yes doctor. Yang wajib ambik, yang takda dekat KK pun ambik. Ya Allah...

Now I can relate & connect the dots. Saya rasa bersalah & berdosa dengan anak saya.

Orang boleh kecam apa sahaja. Tapi yang bersekang mata, menjaga adalah kita. Orang tak tahu macam mana seksa anak saya bila dia tak boleh tidur tengah tengah malam.

Dia akan menangis, menjerit tiba tiba, hentak kepala, ketuk kepala, sambil pegang kepala. Sampai mengigil2 kadang kadang. Dengan dia tak boleh cakap, tak boleh nak luahkan di mana sakit, apa yang tak kena. Memang runtun jiwa.

Sekarang saya dah faham apa sebenarnya yang diperjuangkan golongan pro choice / anti vaccines etc. My perspective has changed. 

Jadi mak bapak atau individu yang suka mengecam tanpa ambik tahu, please educate yourself ya. Tak jadi dekat anak sendiri boleh lah cakap.

Now umur anak 2 tahun 3 bulan. Saya nak mohon doa agar kalian doakan kebaikan untuk anak saya.

Updated:

Keputusan Hair Test anak saya memang menunjukkan kandungan Aluminium yang SANGAT TINGGI untuk usia yg tak sampai 3 tahun.

Inilah culprit paling utama, yang menggangu circadian cycle anak sehingga buat dia tak boleh nak tidur, efek speech & language skills, & delays issue. Worst case jika tidak di treat segera mungkin boleh jadi autistic.

Sekarang saya & suami memang fokus nak pulihkan anak sahaja. Mohon doa semua.

AEFI KES 4 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 


Lepas cucuk vaksin Ex boss kena *ANXIETY*

πŸ˜₯ Bila meeting ada perang2 mesti dia akan panic
πŸ˜₯ Bawak kereta sampai naik atas divider

After Detox Aefi Vaksin:

πŸ€— Ex boss beransur pulih
πŸ€— Makin cool

Alhamdulillah MasyaAllah TabarakAllah ☺️🀲🏻
Apa pun Detox hanyalah asbab utk pulih kembali, yang menyembuhkan sakit Allah ta'ala jua. Kita ikhtiar dan tawakal pada Allah ta'ala ☺️πŸ€—πŸ₯°


Pm for solusi


AEFI KES 3 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 


Tahun 2021 adalah bermulanya gangguan kesihatan ke atas penerima vaksin Covid19 secara SLOW/SILENT. Malangnya gangguan SILENT ini blh diwariskan kepada anak yang telah dilahirkan😰😰.

Ya.. Mmg kemungkinan dsbbkan punca lain pun ada. Gangguan dan kesan kepada anak-anak ini membuatkan saya menderita melihat ramai sungguh anak moderate/severe yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan sejak kebelakangan ini di video2 tiktok.

Jika solusi AEFI kpd ibu bapa ini adalah rawatan kesihatan sehingga ke punca penyakit.. Kenapa ibu bapa hanya menyediakan terapi ABA / OT / ST sahaja untuk generasi yang terkesan dengan masalah ini...?? 

Pm for solusi



AEFI KES 2 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 

Lumpuh....


Ramai je y lepas vaksin bukan je lumpuh kaki. Lumpuh sbb

✅ Xd keje krn sakit

✅ Xd suami atau isteri sbb dah arwah

✅ Xd masa sbb komitmen jaga anak autism y tinggi. Atau apa2 komitmen lain berkaitan masalah AEFI


Kasihan kan... Selagi sempat detox, Detox lah

Monday, 25 May 2026

REVIEW BUKU AUTISM

RAMAI YANG TELAH MENDAPAT BUKU ANAKKU PSEUDOAUTISM ATAU AUTISM APA NAK BUAT. INI KOMEN DARIPADA MEREKA😍

5 Sebab  anda perlu memiliki buku ini 

1. Ada cerita dan solusi severe autism baby yang makan najis
2. Ada cerita dan solusi severe autism dewasa
3. Jika sebelum ni anda tak kenal parasit yang nampak duduk diam tak buat apa.. Buku ini mendedahkan tentang kejahatan parasit terhadap isu anak autism
4. Ilmu rawat dari 6 perawat/doktor dan saintis luar negara
5. info tentang borang ATEC yang anda perlu dapatkan untuk menilai anak-anak autism andaAnak-anak dianggap pulih daripada autism jika mendapat skor ATEC 1-10. 

BUKU AUTISM

  Buku ANAKKU PSEUDOAUTISM ATAU AUTISM APA NAK BUAT ini adalah hasil penerbitan Damiafrotec Enterprise yang dibangunkan oleh PROF DR MOHD ROSNI SULAIMAN, PHD(B) dalam bidang BIOCHEMICAL TOXICOLOGY di UNIVERSITY MALAYSIA, Sabah. Beliau telah berjaya membantu rawat AEFI v.a.k.sin, AUTISM, EPILEPSY, SPEECH DELAY, CEREBRAL PALSY,  ADHD dll sejak tahun 2013. Beliau sebagai Naib presiden persatuan Naturopathy terbesar di Malaysia juga mempunyai kelulusan seperti Cert.(Yumeiho), Cert. (Accupunture), Cert & Pre. Dip. (Homeopathic Med. Sci.) (AIHNIM IBAM), Exec. Dip (Naturopathic Med. USM)

Ramai ibu bapa mempunyai anak Autism, sawan, developmental delay. Kerajaan juga mengakui peningkatan masalah ini. Sebagai ibu bapa, kita perlu menambakan ilmu apabila anak-anak tidak mempunyai perkembangan tumbesaran fizikal dan mental yang baik

Adakah anda sebagai ibu atau bapa yang dah cuba pelbagai cara untuk membantu anak? Dah buat pelbagai terapi juga termasuk OT, ST, aktif otak, Detox bath, Detox sana sini, Nemecheck, BE, urut, jumpa ustaz dsb. Tapi masih tak puas dengan hasil? Mungkin sebab tak konsisten atau anak tak suka? Dah bosan dengan cara mengurangkan gejala anak dengan cara yang sama? Jom tambah ilmu dengan ilmu rawatan di dalam dan di luar negara, Singapore dll termasuk ilmu professor-professor melalui buku ini πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

Mempersiapkan anak pertama puan Ira, Miqayla yang mild autism ke mainstream school adalah misi yang Puan Ira berjaya lakukan. 

CERITA PUAN IRA MEMBESARKAN ANAKNYA ADALAH SEBUAHREAL STORY SEBAGAI GAMBARAN YANG JELAS TENTANG REVOLUSI KEBANGKITAN ANAKNYA MIQAYLA (MILD AUTISM) DAN MIQAEL (SEVERE AUTISM)


ANTARA KANDUNGAN DI DALAM BUKU INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :

BUKU INI JUGA UNTUK BACAAN IBU BAPA YANG MEMPUNYAI ANAK SAWAN DAN ANXIETY. 


Berminat nak dapatkannya..

wasap.my/60175110784


Saturday, 23 May 2026

Protokol Autism

Protokol PAUDR (Protokol Autism Dr Rosni)

- klik setiap gambar untuk membaca setiap isi -

Ini nasihat rawatan untuk anak autism mengikut cara prof Dr RosniπŸ˜ŠπŸ‘‡πŸ‘‡...

Paling selamat kalau *tak pasti*, asalkan ibu bapa bagitau anak diorang DIAGNOSED sebagai autism, tak kisah la MILD atau SEVERE, ada kombinasi ADHD/SD/GD atau tak, cadangkan *3 set DDR secara konsisten* utk 3 bulan pertama....selepas itu terus sambung dengan *3 set NT AUTISM PLUS* jika tidak ada masalah sangat berkaitan dengan KOGNITIF (budak tu cerdas/pintar, bukan jenis lembab)

Kalau jelas ada *masalah kognitif (sukar faham, sukar mengingat, langsung tak boleh bercakap etc, agak lembab)*, maka selepas 3 set DDR, guna *2 bulan dulu at least SET BRAIN REMEDY*, pastu *3 bulan lagi guna set NT AUTISM PLUS*

Kalau anak tu ada masalah ADHD teruk dan dalam masa sama ada masalah kognitif, haa ini boleh buat pilihan...boleh tanya ibu bapa, diorang nak setelkan masalah apa dulu

Kalau diorang nak anak autism tu cool down dulu, boleh cepat fokus...guna terus 3 set DDR, diikuti 3 set NT AUTISM PLUS

Kalau diorang nak anak tu cepat boleh bercakap dulu, jadi cerdas dulu, maka guna 3 set DDR diikuti 2 set BRAIN REMEDY...

Dan sebenarnya *tak salah dan paling selamat* kalau cadangkan guna *3 set ddr diikuti 3 set NT AUTISM PLUS* sebab ini sebenar lebih membantu utk semua masalah autism samada ada isu kognitif yg serius atau tidak

Utk beginner yang tak mau pening pening jika dapat kes autism, gunakan jer preskripsi ini...*3 set DDR + 3 set NT AUTISM PLUS*

Selepas 6 bulan, review balik

Baru decide nak teruskan ngan NT AUTISM PLUS ATAU  BRAIN REMEDY

Tengok apa apa lagi masalah/simptom/spektrum yang masih ada jelas/signifikan dan mahu dirawat buang hingga 100% kembali NORMAL

Utk anak nampak normal. Ada beberapa sahaja gejala autism seakan pseudoautism, disleksia & susah nak fokus.
Rawatan untuk kes ini adalah :

1. Speech delay / disleksia / pertuturan pelat / lembap / susah faham : Guna  *minimum 2 set DETOXDRROSNI & beberapa botol XTRABRILLIANT*
2. Mudah beremosi / sukar dikawal / sukar fokus / susah dengar cakap : Guna  *minimum 2 set DETOXDRROSNI & beberapa botol CALMTOX*

Banyak kajian mengaitkan kebanjiran anak autism yang meningkat adalah disebabkan toksin seperti logam berat, parasit dan lain di dalam di dalam badan anak-anak ini.

Anda tak semestinya mencari kajian-kajian tersebut kerana anda boleh melakukan kajian sendiri dengan membuat ujian hair analysis atau Bioresonance test ke atas anak anda.

Percaya lah detox sangat penting untuk anak-anak sebelum mereka dapat menerima nutrisi yang diberi dengan baik

Dr di tempat rawatan Bioresonance juga cadangkan rawatan Prof Dr Rosni. Kenapa beliau suggest? Sbb bukan mudah nak buang parasit yang ada PELURU TOKSIK. Kita yang bijak ni pun perlu ada PELURU BUANG TOKSIK & PEMBAWA TOKSIK. Pengambilan beberapa peluru natural tidak menjadi masalah bahkan sangat membantu rawatan

Alhamdulillah, xrugi kenal prof Dr Rosni. Ramai Dr yang kenal prof. Bila dikenali & dpt recommendation drp orang yang pandai mcm ni, kita lagi yakin dengan ilmu Prof Dr Rosni 😊πŸ₯°

JAGA DIET PEMAKANAN SAHAJA BUKAN DETOX TERBAIK

Ibu bapa ini selama ini seperti tertipu dengan tanggapan usus anak tidak bermasalah. Bukan sahaja kita tak tahu masalah sebenar usus anak. Kita juga tidak dapat menilai ketoksikan oxalate dalam air kencing anak. Ada kajian mengatakan kandungan oxalate dalam air kencing kanak2 autistic 3x lebih tinggi drp kanak2 normal.


JIKA PERNAH VAKSIN ANAK... BERDETOX TU HAK MEREKA. KITA BUKAN NAK TOKSIK VAKSIN. MEMEORI PUN DAH DAPAT KAN.. APA SALAHNYA BERDETOX KERANA KEBERSIHAN ADALAH SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

Apabila Kebenaran Dihukum: Kisah Dr. Paul Thomas dan Anak-anak Tanpa Vaksin

Dia tidak merawat pesakit dengan sihir. Dia tidak menyebar kebencian. Dia cuma buat satu perkara yang ‘tak boleh dimaafkan’ oleh sistem perubatan moden:

Dia bandingkan kesihatan anak-anak yang divaksin dengan yang tidak. Dan dia dapati yang tidak divaksin — jauh lebih sihat.

Dr. Paul Thomas, seorang pakar pediatrik berlesen dari Oregon, Amerika Syarikat, menjalankan kajian retrospektif ke atas 3,324 kanak-kanak di kliniknya.

Dengan data rekod sebenar selama lebih sedekad, beliau menganalisis lawatan ke klinik bagi pelbagai penyakit dan diagnosis berbanding status vaksinasi mereka.

Dan hasilnya?

Mengejutkan. Tapi bukan bagi kami yang dah celik lama.

Keputusan Kajian yang Menggugat Daya Intelektual Puak Yahudi

Berikut antara peningkatan kadar penyakit dalam kalangan kanak-kanak yang lengkap vaksin, berbanding mereka yang langsung tidak divaksin:
 • Demam – 9.1× lebih tinggi
 • Asma – 5.2×
 • Rhinitis alahan (resdung) – 6.9×
 • Anemia – 5.5×
 • Ekzema – 4.5×
 • Masalah tingkah laku (ADHD dan lain-lain) – 4.1×
 • Gastroenteritis – 4.7×
 • Dan lebih membimbangkan: tiada satu pun kes ADHD direkodkan dalam kumpulan tidak divaksin. Kosong.

Semua data ini diperoleh dari rekod lawatan sebenar ke klinik, bukan andaian, bukan tinjauan internet.

Kajian ini diterbitkan secara rasmi dalam jurnal International Journal of Environmental Research and Public Health (IJERPH) pada Disember 2020. Tajuk kajiannya:

“Relative Incidence of Office Visits and Cumulative Rates of Billed Diagnoses Along the Axis of Vaccination”
(Paul Thomas & James Lyons-Weiler)
DOI: 10.3390/ijerph17239074 (https://doi.org/10.3390/ijerph17239074)
(Telah ditarik balik selepas tekanan pihak luar)

Apa Ganjaran Beliau?

Bukan pujian. Bukan dialog ilmiah.

Sebaliknya — lesen perubatannya digantung hanya beberapa hari selepas kajian itu diterbitkan.

Dan beberapa bulan kemudian, kajiannya ditarik balik. Tanpa perdebatan saintifik terbuka. Tanpa ‘peer rebuttal’. Cuma kuasa. Arahan. Tekanan.

Beginikah “sains” moden berfungsi?

Apabila Sains Diikat Dengan Rantai Industri

Naratif kesihatan hari ini telah dicengkam oleh industri farmaseutikal global. Mereka mempromosi vaksinasi sebagai “perisai utama kesihatan awam” — tapi menolak semua kajian yang membandingkan kesihatan tanpa vaksin.

Soalnya mudah:
Kalau vaksin itu selamat dan bermanfaat, kenapa takut dibuat perbandingan?

Inilah persoalan yang ditanyakan ramai ibu bapa. Tetapi apabila seorang doktor mahu menjawabnya dengan data sebenar, dia dituduh “membahayakan masyarakat”, dianiaya dan dihumban keluar dari profesionnya.

Sains bukan lagi medan mencari kebenaran. Ia menjadi alat kepentingan — dan siapa yang melawan arus, dipancung.

Anak-anak Kita, Amanah Bukan Milik Negara

Kita tak menolak semua vaksin secara total. Tapi kita menolak paksaan, agenda gelap, dan kerahsiaan data sebenar. Kita mahukan pilihan. Kita mahukan ketelusan.

Dan kita mahu anak-anak dibesarkan dengan fitrah, bukan dibenamkan sejak bayi dengan tusukan demi tusukan, lalu dituduh “antivaksin” hanya kerana mahu bertanya dan menyelidik.

Kita bukan teori konspirasi. Kita cuma menuntut hak untuk tahu. Dan hak untuk berkata TIDAK.

Penutup: Kebenaran Tidak Perlukan Lesen

Dr. Paul Thomas mungkin kehilangan lesen perubatan. Tapi beliau telah memenangi satu perkara yang jauh lebih mahal: keyakinan ibu bapa yang celik, yang mula melihat ada yang tak kena dalam sistem perubatan hari ini.

Mereka boleh tarik balik jurnal. Mereka boleh senyapkan suara doktor.

Tapi mereka tak boleh padam fitrah.

Dan fitrah ini akan terus hidup — dalam setiap ibu yang melindungi anaknya, dalam setiap ayah yang menyoal agenda vaksinasi massal, dalam setiap komuniti yang kembali kepada ilmu, akal dan iman.

“Dan janganlah kamu sembunyikan kebenaran, sedangkan kamu mengetahuinya.”
(Al-Baqarah: 42)

-MZO-

Tak salah nak combine formula.. pastikan detox sebaiknya sebelum memberikan nutrisi terbaik utk perkembangan tumbesaran anak-anak.



 
Copyright © 2018 Teetah Amaninda. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.