Wednesday, 27 May 2026

AEFI BABY 2 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 

INFO DI https://www.facebook.com/share/p/1EX4gGsifu/

CERITA PENUH๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

Sains dan Sebuah Kejujuran
Sukar untuk saya memulakan penulisan tentang isu yang menjadi perbahasan umum takut-takut saya tersalah dan orang lain tersalah anggap kenyataan saya. "Dijah tulislah ringkasan dokumentari tu dan tag saya" ujar sahabat baik saya sejak di Universiti Malaya dan merupakan seorang pensyarah, juga isteri dan ibu seperti saya. Isu vaksin merupakan isu yang bagi saya banyak didiskusikan dalam bentuk sentimen dan jarang saya lihat satu bentuk diskusi yang sihat dan debat terbuka bagi masing-masing mencari kebenaran yang sebenar. Seperti biasa, dalam FB dan media-media sosial juga, lebih banyak sentimen, mengutuk dan menyalahkan sesama manusia oleh kedua-dua belah pihak, suatu yang saya tidak suka sejak dahulu. "Memang dah lama nak menulis, tapi tunggu isu doula reda dulu" jawab saya.
Saya tidak ingin menyentuh tentang isu doula walaupun di kebanyakan wassap group yang saya ada, kebanyakan sahabat-sahabat saya yang wanita dan ibu yang telah bersalin di hospital kerajaan ada yang menyatakan fobia bersalin di sana, ingin ke swasta tetapi tidak mampu dan hanya berdoa pengalaman yang sama tidak berulang lagi. Rezeki saya bersalin di hospital swasta yang kebanyakan stafnya lembut dan baik tidak menafikan keprihatinan saya terhadap pengalaman sahabat-sahabat saya tersebut. Apapun pandangan saya tentang isu ini jelas, saya tidak bersetuju bersalin di rumah, tetapi prihatin dengan keperitan sahabat-sahabat yang menanggung dan memerlukan banyak perbincangan bersama doktor dan staf bagi mendidik staff supaya memahami psikologi seorang pesakit. Ini banyak telah dibangkitkan dalam penulisan seorang doktor psikologi yang pernah saya baca tentang pengalamannya dengan ramai ibu-ibu yang fobia bersalin dan melakukan hubungan dengan suami kesan sejarah bersalin.
Isu vaksin. Setelah kehilangan anak sulong kami, saya sememangnya fobia apabila anak sakit. Apabila pengasuh menelefon ketika saya sedang menulis PhD setelah lahir anak berikutnya, jantung berdegup kencang dan teringat pengalaman dahulu. Justeru, minat saya untuk belajar tentang kesihatan anak-anak sentiasa tidak pernah padam sama ada saya merujuk doktor pakar kanak-kanak, doktor-doktor lain dan juga membaca. Apabila Abdullah kerap demam panas dan sering perlu neb sejak kecil, saya tahu saya perlu lebih banyak membaca selain berbincang dengan doktor serta mendapatkan pandangan sahabat-sahabat yang pernah mengalami situasi yang sama. Isu vaksin, saya tidak pernah berpuas hati kerana sudah menjadi kelaziman saya yang memerlukan bukti dari mana-mana kajian untuk menyokong dakwaan sesetengah pihak.
Selepas habis PhD dan duduk di London, hati dan otak saya lebih lapang untuk membaca dan mengkaji dengan lebih mendalam dan membeli beberapa buku. Vaksin penyebab autisme, dahulu saya menyangkal tetapi setelah membaca sendiri kajian-kajian dan menonton dokumentari dari pakar kanak-kanak dan saintis sendiri, sukar untuk menyangkal dapatan mereka.
Menerusi dokumentari 7 siri, The Truth about Vaccine yang dikongsi oleh seorang senior saya yang merupakan seorang doktor perubatan juga, setiap siri sejam lebih, saya memperuntukkan juga masa untuk melihat dengan tekun. Setiap yang dikupas semuanya bagi saya berdasarkan kajian saintifik dan lontaran-lontaran pandangan mereka tampak ikhlas bagi mendedahkan sudut-sudut kandungan vaksin yang tidak selamat seperti aluminium dan merkuri yang jauh daripada kandungan selamat yang digarispanduankan oleh badan kesihatan mereka sendiri.
Berikut adalah tajuk-tajuk setiap episod dalam dokumentari tersebut :
Episode 1: The History of Vaccines, Smallpox, Vaccine Safety & the Current CDC Schedule
Episode 2: What’s in a Vaccine? Are Vaccines Effective? ... and ... What About Polio?
Episode 3: In Depth Analysis of the MMR and DTaP Vaccines & Vaccinating for the Greater Good
Episode 4: Examining Influenza, the HIB and Pneumococcal Vaccines & Herd Immunity
Episode 5: Considering the HPV and Hepatitis B Vaccines, SIDS & Shaken Baby Syndrome
Episode 6: A Closer Look at the CDC, Chicken Pox and Rotavirus Vaccines & Retroviruses
Episode 7: Natural Immunization, Homeoprophylaxis & Fundamental Freedom of Choice
Antara isi penting dalam dokumentari tersebut yang sempat saya tangkap :-
1. Dokumentari ini adalah untuk ibu bapa dan semua yang ingin mencari kebenaran tentang vaksin, bukanlah anti kepada vaksin, tetapi inginkan kajian-kajian tentang vaksin yang selamat dan kajian mendalam terhadap keselamatan vaksin-vaksin yang ada kepada bayi dan kanak-kanak khususnya.
2. Kajian-kajian tentang keselamatan vaksin sedia ada kepada bayi dan kanak-kanak adalah kurang mencukupi khususnya yang melibatkan vaksin 3 dan 6 serangkai (tak silap saya) yang belum teruji keselamatannya.
3. Dakwaan bahawa vaksin selamat adalah tidak benar kerana terdapat kajian-kajian saintifik yang berada dalam peer review jurnal-jurnal yang menunjukkan kesan sehingga menyebabkan kematian kepada bayi dan kanak-kanak. Peer review jurnal adalah jurnal yang dinilai oleh mereka yang pakar dalam bidang tersebut.
4. Sejarah pertambahan vaksin, mengikut kajian-kajian menyebabkan pertambahan penyakit-penyakit kepada kanak-kanak. Di Amerika khususnya, 1:6 kanak-kanak mendapat learning disabilities, 1:9 mendapat athma, 1:50 mendapat autisme, 1:400 mendapat epilepsy, inflammatory disorder (menurut Salah seorang yang ditemubual dalam dokumentari tersebut).
5. Seorang doktor pakar kanak-kanak, Dr Paul Thomas, mendedahkan, antara 2004 sehingga tahun 2015, terdapat lebih 100 kes di hadapan matanya sendiri, kanak-kanak normal yang boleh bertutur dalam bahasa bayi dan mempunyai eye contact pada usia sebelum setahun, tetapi disahkan mempunyai autisme pada usia 2tahun dengan tidak ada eye contact langsung dan keadaan semakin teruk. Sebelum itu, beliau tidak percaya kaitan vaksin dan autisme, tetapi setelah melihat sendiri dan mengkaji sendiri kandungan vaksin dan kajian-kajian, beliau akhirnya mengasaskan "Physicians For Informed Consent" yang memberi maklumat tentang vaksin kepada ibu bapa dan pelbagai maklumat lain seperti menangguhkan vaksin bagi yang mempunyai keturunan autisme dan lain-lain.
6. Terdapat beberapa isu dan bukti ketidaktelusan dan tidak jujurnya mereka dalam mendedahkan kajian-kajian mereka tentang vaksin dalam CDC ( Centers for Disease Control and Prevention). Menurut Jennifer Margulis, PhD, beberapa orang dalam CDC sendiri yang memberitahu perkara tersebut kepada beliau. Beliau juga berkata bahawa mereka yang inginkan kajian lanjut tentang vaksin adalah sebenarnya mereka yang pro sains dan pro human sense.
Banyak lagi maklumat dalam dokumentari tersebut yang episod 1 ada dalam link saya kongsikan di bawah. Akhirnya, moga kita semua sentiasa terbuka dalam mendengar pandangan, dalam masa yang sama menggunakan akal dan hati yang bersih untuk menilai segala fakta, kajian dan maklumat yang didapati. Sebagaimana saya menyeru semua ahli agama untuk memahami cara dan metod ahli sains bekerja, saya juga menyeru doktor-doktor juga terbuka dan cuba memahami dapatan-dapatan yang berlainan dengan apa yang dipelajari. Saya sangat menghormati para doktor yang mengorbankan masa dan tenaga untuk membantu dan menyelamatkan pesakit, dan wajar kita memberi penghargaan kepada mereka dan menghormati ilmu mereka.
Sebagaimana saya menyokong kempen SayNoToUnsafeBirth, sudah tentu saya juga menyokong kempen sekiranya ada, SayNoToUnsafeVaccine, merujuk kepada vaksin-vaksin yang tidak selamat kepada bayi dan kanak-kanak.
Moga anak-anak kita semua di bawah peliharaan Allah. Bagi yang ingin menyokong dan membantu kewangan untuk kajian-kajian lanjutan tentang keselamatan vaksin dan vaksin yang selamat, boleh membeli dan mengikuti laman web berikut, https://go2.thetruthaboutvaccines.com/docuseries/order/...
Rujukan YouTube episod satu dokumentari boleh dilihat di sini

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 Teetah Amaninda. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.