Wednesday, 27 May 2026

AEFI BABY 1 (Jika kandungan dalam vaksin semuanya sama, kantoi la mereka. Siapa yang bijak, siapa yang jahil sekarang ni???. Dunia sekarang makin hebat / manusia kembali jahil)

 Salam Admin MKT. Harap dapat siarkan kisah anak saya sebagai pedoman buat ibu bapa lain.

Anak saya lahir takda kuning, tak kena tahan ICU, tak demam, jarang sakit, tak pernah kena sawan, allergy/ eczema pun kurang, tak pernah admit sebab pneumonia / bronchitis / asthma dll,. Kalau selsema batuk pun sekejap sahaja lepas tu akan baik.

Tapi lain pula ceritanya. Dari lahir isu anak adalah masalah tidur & tangisan. Tapi semua orang cakap biasa lah budak budak. Itu lah ‘harga’ yang perlu dibayar bila jadi mak bapak.

Dalam pantang anak hanya tidur siang 30 minit - 1 jam sahaja. Selebihnya berjaga dan melalak. Siang susah tidur. Malam susah tidur. Menangis & terus menangis. Saya pernah campak anak sebab dia menangis tak henti henti. 😭

Anak saya fully breastfeed. Saya memang berazam nak susukan anak sampai 2 tahun. So mula lah keyakinan goyah. Susu aku ke yang buat anak tak kenyang etc? Atau aku makan sebarangan anak kembung?

Pernah ada percubaan untuk bagi susu formula, tapi Allah Maha Baik. Anak saya tolak semua jenis susu formula. 9 jenama saya pernah cuba. Susu lembu, kambing , soya, kami pernah cuba. Semua dia tolak, dia minum dia muntahkan balik. Dan dia sanggup lapar tak minum susu dari minum susu formula. 

Jadi anak saya memang fully breastfeed. Saya jadi pelik. Bukan ke dalam susu ibu ada hormone melatonin (hormone tidur), jadi sepatutnya anak saya akan dapat tidur lebih lena. Tapi sebaliknya. 

Tidur anak saya memang kronik dari lahir sampai lah sekarang. Pernah baca, katanya 0-3 bulan benda tu normal, sebab peralihan fasa dari alam rahim ke dunia. Nanti okay. Tapi tidak untuk anak saya.

Anak saya pernah menangis dari 8:00 malam - 5:00 pagi NON STOP. Kami sampai hilang arah. Of course la akan ingat gangguan jin setan semua kan. Bawa g jumpa ustaz. Ustaz cakap anak awak ni takda gangguan apa apa..

Dengan keadaan anak yang dari kecik melalak lalak susah tidur, berani ke nak hantar anak ke pengasuh / taska? Kami memang jaga anak sendiri dari kecil. 

Sampai sekarang masih ada issue.

Kadang tu tidur jam 10:00 malam, kemudian dia bangun jam 2:00/3:00 pagi, tak tidur sampai keesokan harinya. 

Tidur jam 8:00 malam bangun kul 12:00 tengah malam, tak tidur sampai esok.

Pernah consult dengan Baby Sleep Coach perihal tidur anak. Alhamdulillah tak dinafikan ada perubahan. Lepas wujudkan jadual & rutin tidur anak. Tapi ianya tak kekal lama. Walaupun saya memang follow jadual, ada hari memang anak tak boleh tidur. Kadang tu kesian sangat tengok dia, dah mengantuk menguap, gonyoh mata (tanda nak tidur) tapi dia tak dapat tidur. 😣

1 tahun 6 bulan doktor detect anak saya developmental delay. Takda eye contact, tak respond bila dipanggil nama. Early sign of autisme. Buat hearing test - normal pass. Doc refer ke pakar perkembangan kanak kanak. Anak saya memang disahkan ada sensory, speech & language delay. Dan dah mulakan Occupational Therapy. Cuma belum diagnose autisme sebab too early.

Saya mengaku, kami memang pernah bagi anak tengok tv bila dia tak dapat tidur. Sebab dah terlalu penat. Siang bekerja, malam tak dapat nak tidur sebab anak pun tak tidur. Mungkin itu pun penyumbang kepada dia jadi delay. Tapi yang saya sampai sekarang struggle adalah tidur anak.

Saya bawa anak jumpa pakar neurologi kanak kanak sebab saya dah tak tahan isu tidur anak begini. Bila anak tak tidur, kita as parent memang takkan boleh tidur. Suami saya pula kekadang perlu offshore. Sungguh la saya tak mampu kadang kadang. Terlalu penat. 

Tidur adalah penting untuk kanak kanak sebab ia proses perkembangan mereka. Saya tanya doktor pakar tersebut, kenapa anak saya tidurnya begini? Apa puncanya?

Doktor sendiri tak boleh jawab apa punca. Cuma beliau hanya jawab dia suspect sleep deprivation anak ada related to underlying cause of development. Cuma tak pasti apa punca. Dan dia suggest consult dengan baby sleep coach. Saya bagitau dia, saya dah pernah consult. Dia pun terkedu, dah tak tahu nak suggest apa. Disuruh perbanyakkan aktiviti fizikal. Semua tu saya buat. Rumah saya memang dah macam taska. Macam macam ada. Sampai playground castle yg besar tu pun ada.

Saya balik dengan perasaan kecewa. Sebab masih tak dapat jawapan.

2 tahun kami suami isteri cari jawapan kenapa jadi begini.

Akhirnya Allah makbulkan melalui seorang kenalan. Bila dia tahu kes anak saya, first soalan beliau adalah “Anak fully vaccinated ke?”

Terkejut saya bila dia tanya macam tu. sebab memang anak saya fully vaccines. Dan saya jujur memang tak pernah tahu langsung pasal insert vaccines etc. 

Asbab soalan beliau lah, membuatkan saya mula terjentik hati untuk mencari, mengkaji & membaca. 

Bergenang air mata, urut dada bila dapat tahu apa kandungan2 & kesannya yg jarang diberitahu. Akhirnya saya jumpa satu research (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6361389/ ) kaitan antara sleep deprivation & heavy metal toxicity. metal adalah antara faktor yang mengganggu circadian cycle (sleep cycle) dan penghasilan melatonin (hormone tidur).

Saya semak semula buku vaksin anak. Dari dia lepas lahir sampai lah 18 bulan, 14 dose suntikan dia dah terima. Saya cek up swasta. Doctor kata rota virus elok, ambik.... Doctor kata pneumococcal utk elak penyakit, ambik...Influenza kena ambik, yes doctor. Yang wajib ambik, yang takda dekat KK pun ambik. Ya Allah...

Now I can relate & connect the dots. Saya rasa bersalah & berdosa dengan anak saya.

Orang boleh kecam apa sahaja. Tapi yang bersekang mata, menjaga adalah kita. Orang tak tahu macam mana seksa anak saya bila dia tak boleh tidur tengah tengah malam.

Dia akan menangis, menjerit tiba tiba, hentak kepala, ketuk kepala, sambil pegang kepala. Sampai mengigil2 kadang kadang. Dengan dia tak boleh cakap, tak boleh nak luahkan di mana sakit, apa yang tak kena. Memang runtun jiwa.

Sekarang saya dah faham apa sebenarnya yang diperjuangkan golongan pro choice / anti vaccines etc. My perspective has changed. 

Jadi mak bapak atau individu yang suka mengecam tanpa ambik tahu, please educate yourself ya. Tak jadi dekat anak sendiri boleh lah cakap.

Now umur anak 2 tahun 3 bulan. Saya nak mohon doa agar kalian doakan kebaikan untuk anak saya.

Updated:

Keputusan Hair Test anak saya memang menunjukkan kandungan Aluminium yang SANGAT TINGGI untuk usia yg tak sampai 3 tahun.

Inilah culprit paling utama, yang menggangu circadian cycle anak sehingga buat dia tak boleh nak tidur, efek speech & language skills, & delays issue. Worst case jika tidak di treat segera mungkin boleh jadi autistic.

Sekarang saya & suami memang fokus nak pulihkan anak sahaja. Mohon doa semua.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2018 Teetah Amaninda. All Rights Reserved. Designed by Cik Nurfarah.